::sHariNg Is cAriNg::

Sayap Kiri & Sayap Kanan Mahligai Idaman...

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan -Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir."
Ayat di atas menjadi tunjang dalam kehidupan rumah tangga yang harmoni. Allah telah mensyariatkan perkahwinan sekaligus menjadikannya sebagai salah satu tanda kekuasaan dan keagungan-Nya. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud: "Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isteriku."
 Mempunyai suami yang penyayang menjadi impian setiap isteri. Justeru, mutiara hikmah ini seharusnya dijadikan pedoman oleh setiap suami agar terus menjadi pencinta setia kepada setiap isteri. Wahai suami,Jadilah engkau bagi isterimu sebagai ayah, ibu dan saudaranya. Dia telah meninggalkan ayah, ibu dan saudaranya kerana mengikutmu. Dia mengharapkan engkau memiliki kasih sayang seorang ayah, lemah lembut seorang ibu dan pelindung seorang saudara.
Suami memainkan peranan yang amat penting dalam membina rumah tangga bahagia. Jika terdapat sesuatu yang dibenci suami terhadap isterinya, dia hendaklah bersabar dan menjaga amanah Allah yang tidak ternilai ini. Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya kaum wanita itu berasal daripada tulang rusuk yang bengkok. Jika kamu membiarkan begitu sahaja, bengkoklah tulang itu untuk selamanya. Maka, kamu terimalah amanah terhadap kaum wanita dengan cara yang baik iaitu dengan berlemah lembut." Hadis ini melarang kaum lelaki daripada bertindak dan bercakap kasar dengan kaum wanita. Sebaliknya para suami perlu sentiasa berlemah lembut dan menyayangi isterinya.
 Isteri ialah sayap kiri suami dan pembantu rumah tangga. Isteri juga umpama penawar, penyeri kehidupan suami dan anak-anak. Isteri solehah akan membawa rumah tangga bahagia menuju ke syurga. Walau sekecil mana usahanya, ganjaran pahala adalah habuannya. Isteri yang solehah akan berhias indah untuk menjadi bidadari yang jelita untuk tatapan suami. Suami yang soleh pula akan masuk ke syurga yang akan dilayani oleh seorang bidadari iaitu isterinya sendiri. Lantas, isteri yang solehah ialah isteri yang menyenangkan hati suami. Para isteri yang sentiasa ingin merebut ganjaran pahala ini sentiasa memandang suaminya dengan penuh kasih sayang. Sambutlah suami di depan pintu dan pertahankan pandangannya agar terus kepada wajah isteri yang ceria. Pamerkan kebahagiaan saat menyambut suami. Berusaha jugalah agar saat kembalinya suami dapat dijangka supaya isteri sempat bersolek dan berhias untuknya. Biasanya, suami pulang dalam keadaan lapar. Sesungguhnya berasa lapar itu akan membuatkannya beremosi. Lantas, siapkanlah hidangan mengikut selera suami. Sediakanlah masakan dengan penuh kasih sayang. Tetapi ingat, jangan sekali-kali isteri meninggalkan suami menikmati hidangan seorang diri tanpa menemaninya. Suami pasti akan berkecil hati. 
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Semoga Allah s.w.t memberkati malam kamu berdua." 


Bertudung Tak Sama Dengan Menutup Aurat...

Bilangan wanita yg memakai tudung semakin ramai.

Namun,BERTUDUNG TIDAK SAMA DGN MENUTUP AURAT. Maksudnya, bertudung tidak semestinya menutup aurat.
Bertudung tapi t-shirt sendat, lengan pendek, jean sendat, seluar ketat, tudung pendek, nipis dan jarang.
Kadang-kadang perilaku mereka lebih buruk daripada wanita yang tidak bertudung.
Akibatnya, wanita yang berpakaian menutup aurat turut menerima padah dan fitnahnya! Terlontarlah kata-kata nista dan penghinaan terhadap wanita yang menutup aurat walaupun sebenarnya ia ditujukan kepada wanita yang bertudung.

"Apalah guna bertudung kalau masih jahat?"

"Saya ikhlas berpakaian begini. Kalau bertudung hanya untuk hipokrit, lebih baik tanggalkannya. Saya nak jadi diri saya yang sebenar, bukan pakai lain tapi perangai lain!"
"Walaupun saya tak bertudung, saya tetap solat dan berpuasa. Umrah pun saya dah pergi. Hati saya lebih baik daripada wanita bertudung, tapi berpura-pura baik!"
"Saya tutup aurat atau tidak, itu urusan saya dengan Allah. Yang penting saya tidak ganggu sesiapa!"
"Bukan saya tidak mahu tutup aurat,cuma belum sampai seru lagi. Tengoklah nanti, saya akan berubah perlahan-lahan. Takkan nak berubah secara drastik! Satu hari nanti saya akan tutup aurat!"

Begitulah antara suara-suara yang kerap kita dengar daripada wanita-wanita yang tidak menutup aurat.

Hakikatnya, semua itu hanyalah tipu daya syaitan yang mengelabui hati supaya tidak mematuhi perintah Allah.
Hukum Allah adalah wajib!

Apa niat kita bertudung?

Atau lebih tepat lagi, mengapa kita menutup aurat?
Bertudung kerana hendak kelihatan cantik, kelihatan baik, menutup kekurangan wajah dan "kerana-kerana lain" yang bukan kerana Allah (kewajipan menutup aurat), sesungguhnya akan mendedahkan si pemakainya kepada perlakuan-perlakuan negatif.
Jadi, menutup aurat mestilah atas dasar tauhid dan keimanan kerana Allah dan kerana yakin adanya hari akhirat, syurga dan neraka!

Sekian...


~Yang Buruk Diperbaiki, Yang Baik Dikongsi...




♥Anda Berkahwin Kerana Apa...?

Berkahwin kerana harta?
 Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!"
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

Hanya 'Beragama'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Sekian....(:





♥Putus Cinta Bukan Pengakhiran Segala...

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”


Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.


Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”


Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.


Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”


Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!


Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.


Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.


Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…


Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!


Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!


Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.


Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.


Sekian~


Copy Paste Dari
Dia



♥Jodoh...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.


Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.


Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.


Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.


Berfikir tentang jodoh, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.


Sekian...~

No comments: