Rasulullah SAW pernah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” - [al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan]
Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia. Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam.
Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan.
Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturrahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.
Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara
ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk
menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain.
Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan ialah HARUS dan ianya hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah.
Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.
Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin.
Maka, jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain. <— Ada yang terasa tak dengan ayat ni? :)
Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan
yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun
selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan
di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment